Tuesday, January 5, 2010

Isu Nama Allah...

Ini adalah luahan seorang sahabat bloggerku... sesaje petik dari beliau... ulama dah banyak komen isu ni.. nak tahu gak apa komen dari bukan ulama... aku sendiri memang tak pandai komen... huhu... so petiklah dari blog2 yg nampak bernas...

~~~



Keputusan mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah untuk semua edisi The Herald buat aku down giler. Bukan tidak berpegang pada toleransi beragama ... soalnya dalam negara majmuk yang majoriti penduduknya menganut agama Islam, permintaan sedemikian adalah sangat keterlaluan.


Bukan tidak ada perkataan lain yang boleh digunakan oleh The Herald untuk menggelarkan Tuhan mereka ... berbanding masyarakat Islam yang cuma ada satu nama untuk Allah dlm hidup seharian. Bukan takat orang Melayu tapi semua bangsa didunia yang menganut agama Islam.


Masa study dulu 2-3 tahun lepas, aku pernah buka n just nak belek2 buku member aku yang dikeluarkan untuk bacaan penganut agama Kristian dan buku tu ditulis dalam bahasa Melayu. Agak terkejut bila tengok ada nama Allah didalamnya ... and ya dicetak secara illegal. Pergaulan yang luas dengan member2 yg tidak sealiran fahaman & pegangan ini, tidaklah membenarkan hati aku mengiayakan penggunaan nama Allah utk agama mereka.


Since aku open minded ~ ((katanya)) ... aku diamkan n biarkan jer masa tu. And dia pun pnh bagi aku petikan dalam bible masa aku tgh down, "Untuk segala sesuatu ada waktunya ...". See, sefahaman dan toleransi beragama dikalangan masyarakat di Malaysia mmg baik. Tapi sekarang, agak LAIN MACAM jer, dah tu dah jadi legal pulak! ... Natijahnya nanti, pasti akan lagi buruk. Aku tak nak timbul rasa prejudis dikalangan kita dengan mereka yg beragama lain. I love Islam & Malaysia. Indeed!


Sebagaimana aku sensitif serta hormat dengan kepercayaan dan pegangan org lain, aku harap mereka pun sama. Dah banyak sangat benda sekarang ni buat aku hilang sabar, but untuk yang satu ini mmg aku marah, geram, tersinggung, sedih ... tapi jangan sampai buat aku benci. Bagi aku, issue ni patut jadi satu wake up call untuk kita semua. Harus diingat pertentangan agama lebih bahaya & besar impaknya berbanding pertentangan budaya. 


Pendirian aku ... bentangkan semua hujah yang ada, berjuta atau apa saja alasan untuk membenarkan nama Allah digunakan agama lain dalam apa jua bentuk tulisan, ceramah etc, aku Frodo Baggins tetap menentang dan menolak sekeras2nya. Aku harap untuk yang satu ini ... agamaku ... tetap menjadi keistimewaan di Malaysia bertuah ini. Bila mana semua hak yang ada dulu dah dikongsi bersama ... aku mohon yang satu ini sama2lah kita perjuangkan dan jaga ... dan biarlah menjadi hak persendirian org Islam di Malaysia.


p/s: Aku mohon, tak banyak ... sedikit pun dah kira baik if wujud rasa bimbang ttg isu kalimah Allah ini di dalam hati kita. Ini bukan soal politik, kerajaan, pembangkang, rakyat marhaen, raja2 ... tapi dah melangkaui semua yg ada. Ini soal agama ... tentang Allah Tuhan Yang Esa dan tidak beranak mahupun diperanakkan.

~~~~~~~~
Dipetik dari Frodo Baggins



P/S: Dari ulamak sampai ke rakyat biasa pun boleh fikir tentang isu ni... so takkan kerajaan masih blur-blur lagi... ishh.

Beruntungnya Menjadi Pemaaf

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. kepada Anas bin Malik...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w. duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Sayyidina Umar r.a. pun bertanya, "Mengapa Rasulullah tertawa?"

Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya pada hari kiamat. Yang seorang berkata, "Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang ini.""

Maka befirman Allah s.w.t.: "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!" Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan: "Ya Allah, wahai Tuhanku! Sesungguhnya kebaikanku telah habis kesemuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini."

Maka lantas dijawab oleh yang menuntut itu: "Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!" 

Kemudian Allah s.w.t. befirman kepada yang menuntut itu: "Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga."

Apabila diliihat oleh si penuntut itu akan syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas yang bertatahkan perak, bertatahkan intan permata yang elok-elok: "Ya Allah, apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk mereka-mereka yang syahid?"

Maka dijawab oleh Allah s.w.t.: "Itu untuk sesiapa saja yang sanggup membayarnya!" Maka kata si penuntut: "Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?" Maka dijawab oleh Allah s.w.t. "Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan memaafkan saudara yang telah menzalimimu itu."

Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup memaafkan kezalimannya terhadapku!" Firman Allah s.w.t.: "Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama ke dalam syurga itu."

:-) :-) :-)




Kemudian Rasulullah bersabda: "Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber: Ustaz Yusof Ahmad di Radio Malaysia Kedah.

~ Beliau menegaskan tentang kelebihan bersifat pemaaf yang amat digalakkan oleh Islam. Namun pemaaf hendaklah kena pada tempatnya, kena bijak menilai masa dan ketikanya...

wallahu A'lam.

Monday, January 4, 2010

Warak...

Selalunya kita menyangka orang yang menundukkan pandangan, berjalan tunduk dan banyak diam disebut orang yang warak. Itu betul juga, namun hakikat warak yang sebenarnya ialah menjauhi perkara maksiat dan menjaga diri dari perkara yang syubhah kerana takut terjatuh kepada yang haram...

Jom dengar (baca) cerita! ...


I.
Pada suatu hari sayyidina Abu Bakar as Siddiq makan sejenis makanan. Kemudian dia mendapat tahu bahan makanan itu tidak jelas halal atau haramnya. Lalu dia menjolok tekaknya lalu memuntahkan isi perutnya.

II.
Abu Soleh (pemuda epal... hehe) yang sedang sangat lapar terjumpa sebiji epal yang hanyut di sungai lalu memakannya. Kemudian dia tersedar bahawa buah epal itu tentu datang dari kebun yang ada pemiliknya. Dia menemui tuan punya kebun itu untuk meminta maaf. Tuan kebun itu mengenakan syarat agar dia bekerja dengannya selama 10 tahun. Abu Soleh akur dan bekerja dengan taatnya. Cukup 10 tahun, tuan kebun itu mengenakan syarat terakhir pula iaitu Abu Soleh mestilah mengahwini anaknya yang 'lumpuh, buta, tuli dan bisu'. Syarat itu sangat berat bagi Abu Soleh, tetapi kerana mengharapkan agar dihalalkan epal yang dimakannya dulu, dia menerimanya. Rupa-rupanya anak gadis tuan kebun itu seorang wanita rupawan. Dia dikatakan lumpuh, buta, tuli dan bisu kerana dia tidak pernah membuat, melihat, mendengar atau bercakap perkara-perkara maksiat.

III.
Ibrahim bin Adham r.h.m. terpaksa kembali semula dari Jerusalem ke Basrah (Iraq) untuk mengembalikan sebiji kurma yang jatuh ke dalam timbangan kurma yang dibelinya, yang ia terlupa hendak mengembalikan ketika kurma itu ditimbang.

IV.
Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memukul anak kecilnya apabila mendapati anak kesayangannya itu memakan epal milik Baitul Mal. Katanya, "Aku terasa memukul jantung hatiku sendiri". Lalu dia pergi ke pasar dan membelikan epal untuk anaknya.

V.
Sekali peristiwa Ibnu Mubarak terpaksa kembali semula dari Marwuu (Khurasan) ke Syam (Palestin) kerana terlupa hendak mengembalikan pen yang dipinjam dari temannya.

VI.
Sekali peristiwa, sekumpulan orang sedang menghadap orang yang sedang nazak di waktu malam. Apakala mati saja orang yang nazak itu, Salah seorang dari mereka pun berkata kepada orang ramai, "Matikanlah semua lampu kerana mulai saat ini semua harta di dalam rumah ini menjadi milik para waris si mati".

P/S: Bak soalan Umar r.a kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa., "Apakah yang kamu lakukan bila melalui jalan yang berduri?".... Jawab Ubay, "syammartu wajtahadtu (yakni aku bersedia dan berhati-hati)"... Wallahu A'lam.